Ahad, 18 Januari 2015

KIT UJIAN DADAH




Oeh : Fyrol Ikram Othman 
Artikel ini diterbitkan kali pertama di Buletin Agenda PPP Hospital Sungai Buloh.

Tahukah anda hanya jabatan psikiatri sahaja di HSgB yang membuat ujian rapid urin untuk dadah? 

 Ujian ini dilakukan bagi mengesan kehadiran dadah sama ada akibat dari pengambilan ubat-ubatan atau kerana penyalahgunaan dadah. Ujian dilakukan terhadap mereka yang disyaki mengambil dadah atau terkesan dengan dadah berdasarkan simptom-simptom klinikal.

Mereka yang diuji terdiri daripada pesakit psikiatri,pesakit metadon, pesakit-pesakit dari jabatan kecemasan dan lain-lain jabatan yang disyaki dengan dadah, pengawal keselamatan yang diuji secara berkala, kakitangan kerajaan dan pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan orang awam yang terpilih memasuki perkhidmatan awam.

 Kami menggunakan kit ujian Multi-Drug, Ia mampu untuk mengesan sehingga 5 jenis dadah secara serentak hanya melalui satu ujian air kencing. Jenis dadah yang berupaya dikesan merupakan jenis-jenis dadah yang popular serta sering disalahgunakan dikalangan masyarakat kita. Antaranya;
  • Opiate : Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Pethidine 
  • Canabinoid : Ganja, Hashish, Marijuana 
  • Psikotrapik (ATS) : Methamphetamine@Syabu@Ice, Amphetamine, Methylene Dioxymetham Phetamine (MDMA), Pil Ecstasy (XTC)
  • Benzodiazepine : Aprazolam, Bromazepam, Clobazam, Diazepam dll
 
Walau bagaimanapun terdapat keadaan keputusan urin menjadi ‘false positive’ atau positif palsu iaitu apabila pesakit mengambil ubat TB iaitu Rifampicin (positif opiate) dan ubat untuk rawatan HIV iaitu HAART atau lebih tepat ubat Efivarenz (positif canabis)

Kehadiran dadah didalam urin akan hilang selepas seminggu dari tarikh pengambilan dadah, namun bergantung kepada jenis dadah kerana untuk ubatan benzodiazepine jenis tindakan lama,kesan dadah boleh berada didalam badan sehingga 30 hari atau lebih.

 Disediakan oleh : Fyrol Ikram Othman
Pen. Peg. Perubatan Klinik Psikiatri Hospital Sungai Buloh

Disahkan oleh : Dr Abdul Razak Othman
Pakar Psikiatri dan Ketua Program Metadon
Jabatan Psikiatri Hospital Sungai Buloh.

1 ulasan: